Tuesday, 24 February 2015

Ranking IPTA dan IPTS terbaik untuk tahun 2015

Hey what's up ?

Lepasan SPM mesti tertanya tanya which ipta or ipts yang korang perlu masuk . Ada kata ipta bagus , and certain kata ipts tak bagus apa lah tu lah ni lah . Btw im the one student yang menuntut di ipts . So let me tell you that whatever university or college or community college or giat mara and blablabla , the effort is you . Not the university . 

Menurut senarai kedudukan ranking yang dikeluarkan oleh QS World University bagi negara Asia , 18 Universiti dari Malaysia telah berada dalam kedudukan itu yang menyenaraikan sebanyak 300 Universiti terbaik dari negara-negara Asia .Kedudukan Universiti terbaik Asia yang disenaraikan adalah berdasarkan kriteria pemilihan antaranya seperti sunbangan kertas projek ( Research ) , reputasi kecemerlangan akademik , reputasi graduan yang sudah bekerjaya , fakulti dan kemudahan tempat pembelajaran . Selain itu penilaian kriteria pemilihan ranking Universiti turut berdasarkan komitmen pengajaran , kesan penyelidikan , siswazah dan pandangan antarabangsa . 

Berikut adalah senarai 18 Universiti dari Malaysia yang tersenarai bagi tahun 2015 .


(QS) Asia RankingMalaysia RankingNama Universiti
321Universiti Malaya (UM)
562Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
573Universiti Sains Malaysia (USM)
664Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
765Universiti Putra Malaysia (UPM)
1456International Islamic University Malaysia (IIUM)
191-2007Universiti Teknologi Petronas (Petronas)
201-2508Multimedia University (MMU)
201-2509Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
201-25010Universiti Teknologi MARA – UiTM
201-25011Universiti Utara Malaysia (UUM)
201-25012University Malaysia Perlis (UniMAP)
201-25013University Malaysia Sabah (UMS)
251-30014Limkokwing University of Creative Technology
251-30015Universiti Malaysia Pahang (UMP)
251-30016Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
251-30017Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
251-30018Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)


Jadi , kepada adik-adik yang akan menunggu keputusan spm , saya nasihatkan supaya banyakkan " google ke yahoo ke " berkenaan universiti yang ditawarkan oleh adik-adik tidak kira lah ipt mana yang korang dapat . Jangan dapat je tawaran contohnya daripada uitm tapi kos yang ditawarkan kos yang bukan "line" adik-adik dan adik-adik tak berminat pun . Bukan apa , kalau setakat dapat tawaran tapi ditawarkan pula course yang merapu merapu , takut korang stuck dipertengahan jalan semasa pembelajaran nanti .

Mungkin ada dikalangan korang yang nak kan fast track . 

Perjalanan fast track macam ni 

SPM ----> Matrikulasi/Asasi/STPM ---> Degree ( Bachelor ) 

Tempoh pengajian di matrikulasi adalah selama satu tahun bagi pelajar perakaunan dan 1/2 tahun bagi pelajar sains . Asasi pula apa yang sis tahu ialah ada sesetengah universiti hanya 1 tahun dan ada 1 tahun setengah . Depends lah on what universiti that you enter . Kalau STPM pula tempoh pengajian selama 1 tahun setengah . Tapi sis tak berkenan sangat kalau ambil STPM ni sebab kalau korang sambung pengajian di peringkat Degree nanti sama sahaja , tak dapat credit transfer macam budak yang ambil diploma . But diploma makan masa nak belajar ;P . Credit transfer tu masa korang ambil degree nanti tahu lah apa benda alah tu . 

Perjalanan normal track 

SPM ---> Diploma ---> Degree ( Bachelor ) 

Tempoh pengajian Diploma adalah selama 3 tahun dan bergantung juga kepada course mana yang korang pilih . Ada sesetengah course hanya 2 tahun setengah macam tu . Let say korang ambil diploma time umur 18 tahun . Habis diploma 21 tahun . Itu kalau tak repeat paper lah . That time kawan korg yang masuk matrik or asasi dah masuk semester ketiga atau keempat degree . Korang baru nak daftar masuk . Actually korang yang ambil diploma ni ada credit transfer . Boleh transfer credit hours . Yang selebihnya pasal diploma korang boleh godek google cari info kalau berminat nak ambil diploma dulu . 

Anyway , all the best yang bakal menunggu result spm minggu depan . 



Tuesday, 21 May 2013

Barang yang perlu dibawa ke Universiti / Matrik / Asasi and Watevar


Let me guess , sekarang ni budak lepasan spm yang dapat tawaran ke uni or matrik or asasi or peluang belajar mana mana pun , mesti tengah buy list-kan barang yang nak bawa kan ? .  Bagi yang first time baru nak belajar duduk hostel ni , memang serabut example like the owner . Dari apa yang telah di site-view kan , totally ia hampir sama dengan list yang telah saya buat .

Outfit/Attire/Clothing 




Perempuan 

- Baju  kurung/Baju Kebaya/Jubah ( Bawa lebih ) For ipts rasanya tak perlu sangat 
- Baju lengan panjang 
- Seluar sukan/Tracksuit
- Seluar Slack hitam ( Formal activity) 
- T-shirt/Baju lengan pendek/Baju Tidur 
- Inner baju/Kain dalam/Kain Batik
- Skirt Labuh/Blouse/Baju jalan-jalan ( outing )
- Sweater / cardigan 

- Tudung/selendang/anak tudung/pin tudung/inner dll
- Sikat/scarf/getah rambut 

Lelaki

- Baju Kemeja ( Pergi class ) ipta only
- Baju Melayu 
- Seluar Slack hitam ( Formal activity )
- Seluar sukan/Tracksuit/Kain Pelikat
- Seluar pendek , senang cerita boxer korang tu ( Pakai dalam bilik jelah )
- Tshirt .

- Songkok ( untuk pergi solat )

Feet clothing 

- Flatshoes sahaja . Boots pun boleh tapi tak terlampau tinggi dan berwarna gelap - ipta
- Kasut kulit ( Wajib kepada LELAKI bila nak pergi kuliah) - ipta
- Kasut Sukan
- Sneakers 
- Selipar jepun
- Stoking 


Toiletries

- Pencuci muka
- Sabun Mandi
- Ubat Gigi/Berus Gigi
- Shampoo
- Deoderent 

- Pads
- Make up/ lotion / powder n etc
- Minyak Wangi 
- Minyak Rambut/Gel 
- Pengetip kuku/earbuds/sikat / shaver
- Tuala 

- Shower basket ( senang bawa barang ke toilet )
- Softner
- Baldi
- Sabun serbuk / cecair ( untuk basuh baju , sana takde maid )
- Plaster / minyak gamat / ubat (jika perlu )

Room Items 




- Cadar/Sarung Bantal
- Selimut
- Bantal ( bawalah dalam 2 ke )
- Jam loceng 
- Cermin kecil 
- Kunci Mangga ( Not necessary )
- Kalendar ( senang nak tengok hari )

- Mug
- Hangers
- Sepit baju
- Thermos ( jika perlu )
- Mangkuk/pinggan/sudu/garpu ( untuk makan maggi malam hari )
- Makanan / minuman ringan ( for supper )
- Botol air
- Payung kecil ( mak suruh bawak takut hujan ke apa ) 

Stationery

- Testpad/Kertas Kajang 
- A4 Paper  
- Kalkukator Saintifik 
- Note book

- Diari ( tak perlu )
- Pen/Pensel
- Pemadam/Liquid Paper
- Pembaris 
- Stapler/ubat stapler
- Highlighter
- Gunting 
- Fail 
- Gam 
- Klip kertas 
- Pembalut buku
- Pembalut hadiah ( cantikkan meja study ) 
- Puncher


*ada dijual di koperasi ipt korang , jangan risau 

Gadget 

- Handphone 
- Headphone / handsfree 
- Laptop/netbook/notebook/Ipad (Tak perlu sangat untuk Matrik , orang kata lah ) 
- Charger HP/laptop (Jangan lupa )
- Kamera digital/DSLR  (Tak wajib)
- Pendrive/ Hard disk 
- Radio kecil/mp3 player 


Most important ! 

- Segala dokumen Uni / Matrik / Asasi / Ipt semasa hari pendaftaran
- Fotocopy ic , sijil kelahiran dll 
- Kad bank
- Gambar passport

Barang larangan

- Astro
- Tv
- Mesin fax
- Rokok ( yang smoke tu pandai lah cover , haha )
- Perabot
- Katil
- Air-con
dan selainnya . 


p/s : barang yang di list-kan , ada yang perlu ada yang tak , perlu dipertimbangkan :)