Tuesday, 24 February 2015

Ranking IPTA dan IPTS terbaik untuk tahun 2015

Hey what's up ?

Lepasan SPM mesti tertanya tanya which ipta or ipts yang korang perlu masuk . Ada kata ipta bagus , and certain kata ipts tak bagus apa lah tu lah ni lah . Btw im the one student yang menuntut di ipts . So let me tell you that whatever university or college or community college or giat mara and blablabla , the effort is you . Not the university . 

Menurut senarai kedudukan ranking yang dikeluarkan oleh QS World University bagi negara Asia , 18 Universiti dari Malaysia telah berada dalam kedudukan itu yang menyenaraikan sebanyak 300 Universiti terbaik dari negara-negara Asia .Kedudukan Universiti terbaik Asia yang disenaraikan adalah berdasarkan kriteria pemilihan antaranya seperti sunbangan kertas projek ( Research ) , reputasi kecemerlangan akademik , reputasi graduan yang sudah bekerjaya , fakulti dan kemudahan tempat pembelajaran . Selain itu penilaian kriteria pemilihan ranking Universiti turut berdasarkan komitmen pengajaran , kesan penyelidikan , siswazah dan pandangan antarabangsa . 

Berikut adalah senarai 18 Universiti dari Malaysia yang tersenarai bagi tahun 2015 .


(QS) Asia RankingMalaysia RankingNama Universiti
321Universiti Malaya (UM)
562Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
573Universiti Sains Malaysia (USM)
664Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
765Universiti Putra Malaysia (UPM)
1456International Islamic University Malaysia (IIUM)
191-2007Universiti Teknologi Petronas (Petronas)
201-2508Multimedia University (MMU)
201-2509Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
201-25010Universiti Teknologi MARA – UiTM
201-25011Universiti Utara Malaysia (UUM)
201-25012University Malaysia Perlis (UniMAP)
201-25013University Malaysia Sabah (UMS)
251-30014Limkokwing University of Creative Technology
251-30015Universiti Malaysia Pahang (UMP)
251-30016Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
251-30017Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
251-30018Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)


Jadi , kepada adik-adik yang akan menunggu keputusan spm , saya nasihatkan supaya banyakkan " google ke yahoo ke " berkenaan universiti yang ditawarkan oleh adik-adik tidak kira lah ipt mana yang korang dapat . Jangan dapat je tawaran contohnya daripada uitm tapi kos yang ditawarkan kos yang bukan "line" adik-adik dan adik-adik tak berminat pun . Bukan apa , kalau setakat dapat tawaran tapi ditawarkan pula course yang merapu merapu , takut korang stuck dipertengahan jalan semasa pembelajaran nanti .

Mungkin ada dikalangan korang yang nak kan fast track . 

Perjalanan fast track macam ni 

SPM ----> Matrikulasi/Asasi/STPM ---> Degree ( Bachelor ) 

Tempoh pengajian di matrikulasi adalah selama satu tahun bagi pelajar perakaunan dan 1/2 tahun bagi pelajar sains . Asasi pula apa yang sis tahu ialah ada sesetengah universiti hanya 1 tahun dan ada 1 tahun setengah . Depends lah on what universiti that you enter . Kalau STPM pula tempoh pengajian selama 1 tahun setengah . Tapi sis tak berkenan sangat kalau ambil STPM ni sebab kalau korang sambung pengajian di peringkat Degree nanti sama sahaja , tak dapat credit transfer macam budak yang ambil diploma . But diploma makan masa nak belajar ;P . Credit transfer tu masa korang ambil degree nanti tahu lah apa benda alah tu . 

Perjalanan normal track 

SPM ---> Diploma ---> Degree ( Bachelor ) 

Tempoh pengajian Diploma adalah selama 3 tahun dan bergantung juga kepada course mana yang korang pilih . Ada sesetengah course hanya 2 tahun setengah macam tu . Let say korang ambil diploma time umur 18 tahun . Habis diploma 21 tahun . Itu kalau tak repeat paper lah . That time kawan korg yang masuk matrik or asasi dah masuk semester ketiga atau keempat degree . Korang baru nak daftar masuk . Actually korang yang ambil diploma ni ada credit transfer . Boleh transfer credit hours . Yang selebihnya pasal diploma korang boleh godek google cari info kalau berminat nak ambil diploma dulu . 

Anyway , all the best yang bakal menunggu result spm minggu depan .